.
Sumber : YAHUDI Menunggu Kehancuran Suatu Fakta Al‐Quran
Diterjemahkan Oleh : Abd. Hakam Jaafar
Terbitan : Aman Palestin Berhad
Rumusan Oleh : Mohd Amirul Asyraf Mohd Hanaffi (jako_imp@yahoo.com)
PENDIRIAN KITA TENTANG SEJARAH BANI ISRAEL
Mungkin ramai antara kita yang tidak menyedari bahawa Al‐Quran menuntut kita melihat sejarah Bani
Israel dari sudut dan kaca mata yang betul dan dibenarkan di dalam Islam. Kita tidak boleh terus menerima
bahawa semua insan yang berbangsa Israel itu jahat dan zalim kerana nabi‐nabi Allah yang terdahulu adalah
berbangsa Israel dan ada dalam kalangan bangsa ini yang betul‐betul beriman kepada Allah S.W.T. Sebab itulah Al‐
Quran tidak menolak Bani Israel secara total dan kita mestilah jelas berkenaan hal ini. Sebenarnya semua orang
Yahudi dipandang mulia dan agung sejak zaman Ya’qub a.s (Israel ialah nama lain baginda). Mereka pada
hakikatnya adalah bangsa pilihan Allah. Namun keingkaran dan kekufuran sebahagian besar mereka telah
membuatkan mereka dilaknat oleh Allah sehinggakan mendapat gelaran Yahudi untuk menggantikan nama mulia
Israel sebagaimana termaktub di dalam Al‐Quran. Pandangan Al‐Quran yang berilmiah, bermetodologi dan
berobjektif menuntut kita menilai Bani Israel dari sudut pandangan iman dan taqwa mereka. Seorang muslim yang
beriman merupakan peribadi yang dipuji dan disanjung oleh Al‐Quran tanpa melihat warna kulit, negara asal
mahupun bangsa mereka (meskipun mereka berbangsa Israel).
Oleh hal yang demikian, Al‐Quran telah membahagikan Bani Israel kepada dua golongan. Golongan
pertama ialah golongan yang mukmin, soleh dan terpuji disisi Allah S.W.T. Golongan yang kedua pula ialah
golongan yang kafir, zalim, ingkar, pengkhianat dan dilaknat oleh Allah S.W.T. Sesungguhnya di dalam Al‐Quran
terdapat banyak ayat‐ayat yang mencela Bani Israel yang kafir, ingkar dan zalim. Golongan ini ialah golongan yang
telah mendustakan para nabi serta kufur terhadap wahyu dan perjanjian yang telah dibawa oleh Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T dalam Surah Al‐Baqarah ayat 87‐88 maksudnya:
“Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami iringi pula kemudian
daripadanya dengan beberapa orang Rasul, dan Kami berikan kepada Nabi Isa Ibni Maryam beberapa mukjizat
serta Kami teguhkan kebenarannya dengan Ruhul Qudus (Jibril). Maka patutkah, tiap‐tiap kali datang kepadamu
seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong
takbur (menolaknya), sehingga sebahagian daripada Rasul‐rasul itu kamu dustakan, dan sebahagian yang lain pula
kamu membunuhnya? Dan mereka (kaum Yahudi) berkata pula: “Hati kami tertutup (tidak dapat menerima
Islam).” (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup) bahkan Allah telah melaknatkan mereka disebabkan kekufuran
mereka, oleh itu maka sedikit benar mereka yang beriman.”
Petikan ayat di atas dengan jelas menerangkan kepada kita akan adanya dua golongan dalam Bani Israel itu sendiri
dan turut dijelaskan bahawa golongan yang beriman dan bertaqwa kepada Allah daripada kalangan mereka
amatlah sedikit bilangannya.
JANGAN UNGKAP KERAJAAN ‘ISRAEL’
Sama ada kita sedar ataupun tidak, nama Israel telah dimanipulasikan oleh golongan Yahudi laknatullah.
Mereka cuba mengaitkan bangsa mereka dengan Nabi Allah Ya’qub a.s yang merupakan seorang rasul yang mulia.
Perkara ini supaya kononnya Allah S.W.T akan meredhai hidup mereka sebagai kelompok manusia istimewa di
muka bumi ini sebagaimana Allah telah muliakan nabi Ya’qub a.s yang digelar Israel oleh Allah azzawajalla.
Hakikatnya, mereka tidak layak menggelar diri mereka dengan nama Israel. Kita yang bukan berbangsa Yahudi
pula, terutamanya sebagai umat Islam perlu bertanggungjawab dengan tidak menggunakan nama ‘Israel’ dalam
apa jua perkara yang merujuk kepada mereka. Negara Israel, kerajaan Israel, Bank Israel, tentera Israel dan
sebagainya sepatutnya digantikan dengan panggilan Negara Yahudi, kerajaan Yahudi, bank Yahudi dan tentera
Yahudi.
Selain sebab yang telah dinyatakan di atas, Yahudi juga mempunyai sebab lain mengapa mereka
menggelar diri mereka Israel. Antaranya adalah untuk meraih simpati dan mendapat sokongan individu‐individu
berbangsa Yahudi yang menetap di seluruh dunia untuk berhijrah ke Palestin. Sokongan ini penting atas sebab
yang berikut. Dalam pembinaan sebuah negara, rakyat adalah satu komponen yang sangat penting. Maka, Yahudi
menggunakan entiti Israel yang kononnya menjulang agama dan kitab Taurat untuk mengumpulkan rakyat.
Mereka percaya penganut agama Kristian akan menyokong penubuhan negara Yahudi ini kerana mereka beriman
kepada Injil dan Taurat yang menjadi kitab bagi Bani Israel sejak dahulu lagi. Maka, Yahudi mendakwa bahawa
kedatangan mereka ke Palestin adalah untuk merealisasikan isi kandungan Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru.
Taurat ialah kitab Perjanjian Lama (Old Testament) manakala Injil ialah Perjanjian Baru (New Testament).
Kononnya sokongan penganut agama Kristian ini terhadap entiti Yahudi di Palestin adalah tuntutan iman lantas
menjadi tanggungjawab mereka untuk melaksanakannya. Begitulah permainan Yahudi dalam memancing
kerjasama penganut Kristian di seluruh dunia. Lebih malang lagi, permainan dan tipu helah itu berjaya dan
kelompok Kristian Barat berlumba‐lumba menolong Yahudi. Selain faktor agama, mereka sengaja menjadikan
Yahudi sebagai sekutu mereka untuk menentang Muslim dan seluruh umat Islam di seluruh dunia.
Mengapakah Yahudi bersungguh‐sungguh mengaitkan diri mereka dengan Yahudi? Siapakah Israel
sebenarnya? Israel ialah seorang nabi yang mulia dan dikasihi oleh Allah S.W.T. Baginda merupakan salah seorang
nabi Allah dan namanya ialah Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim a.s. Rujuk firman Allah S.W.T dalam Surah Maryam ayat
58. Sekali lagi, Israel adalah nabi dari golongan susur galur keluarga nabi‐nabi Allah yang mulia. Hal inilah yang
menarik minat Yahudi untuk menggunakan nama Israel.
Ibrahim a.s ialah ayahanda kepada para nabi. Ia ibarat sebatang pokok kepada dua dahan kenabian iaitu
Israel dan Ismail. Dahan pertama, dahan kenabian Ismail ini diakhiri oleh penamat segala nabi, Nabi Muhammad
S.A.W. Dahan kenabian Israel pula terdiri daripada para nabi Bani Israel iaitu Ishaq, Ya’qub (Israel) dan Yusuf a.s.
Salasilah ini merupakan salasilah yang diberkati dan mulia. Bermula daripada datuk hinggalah ke cucunya, mereka
adalah nabi‐nabi Allah. Nabi Bani Israel pula semuanya daripada keturunan Ya’qub (Israel) seperti Musa, Harun,
Daud, Sulaiman, Ilyas, Ilyasa’ Zulkifli, Zakariya, Yahya dan Isa a.s.
Kenapakah dinamakan Ya’qub dengan Israel? Ya’qub dan Israel sebenarnya bukan nama Arab tetapi
bahasa Ibrani. Walau bagaimanapun kita tidak ada ilmu untuk membahaskan sebab kenapa baginda diberi dua
nama berkenaan. Kita tidak mengetahui apakah hikmah Allah menamakan baginda sedemikian tetapi apa yang
penting memang jelas berdasarkan ayat‐ayat al‐Quran bahawa Allah memanggil baginda dengan nama Ya’qub dan
Israel. Di dalam kitab Taurat yang telah diselewengkan, golongan kafir laknatullah telah mereka satu cerita yang
sangat tidak masuk akal mengenai penggunaan nama Israel kepada Ya’qub. Ceritanya ialah, pada suatu hari,
Ya’qub telah berjalan di sebatang jalan sewaktu fajar sedang menyingsing. Tiba‐tiba Tuhan telah turun ke dunia di
hadapannya. Lantas mereka berbicara dan berlawan. Akhirnya Ya’qub berjaya menewaskan Tuhan. Kemudian
mereka berlawan buat kali kedua dan ketiga dan Tuhan kalah kepada Ya’qub tiga kali berturut‐turut dan Ya’qub
berada di atas Tuhan. Kerana takut dilihat oleh manusia akan hal itu, Tuhan merayu meminta Ya’qub
melepaskannya sebelum masuk waktu Subuh. Kononnya, Tuhan takut maruahnya akan jatuh. Maka, dipendekkan
cerita nama Israel yang mulia dianugerahkan kepada Ya’qub kerana berjaya mengalahkan Tuhan. Sesungguhnya
satu perkara yang sangat tidak masuk akal dan kita sebagai muslim mesti menentang cerita karut marut yang tidak
benar ini.
Siapakah Bani Israel? Mereka ialah anak‐anak Ya’qub a.s dan Allah S.W.T telah mengurniakan baginda 12
orang anak. Mereka ialah nabi Yusuf a.s dan adik beradiknya. 12 saudara ini tinggal di Mesir dan daripada mereka
berkembangnya 12 kabilah Bani Israel. Nama dan gelaran ini kekal sehinggalah kebangkitan nabi Muhammad
S.A.W. Kemudian, selepas kebangkitan Rasulullah S.A.W, Allah memanggil mereka dengan nama Yahudi kerana
mereka kufur dan enggan beriman dengan Muhammad S.A.W. Ringkasnya, ‘Yahud’ bukanlah perkataan Arab dan
ia sebenarnya khusus untuk bangsa yang kafir dan dilaknat oleh Allah S.W.T. Sebab itulah perkataan al‐Yahud
(Yahudi) hanya terdapat di dalam surah dan ayat yang telah diturunkan di Madinah sahaja dan bukannya yang
diturunkan di Mekah. Malah, dalam ayat‐ayat berkenaan pula, nama Yahudi merujuk kepada ungkapan kejian dan
murka Allah, bukannya pujian. Peralihan dari penggunaan Israel kepada nama al‐Yahud ini merupakan satu kaedah
gaya bahasa al‐Quran yang merupakan satu pendekatan membezakan dua nama, Yahudi dan Israel. Sebenarnya
apabila Al‐Quran mencabut dan membatalkan daripada mereka nama Bani Israel, Allah ingin merentap daripada
mereka perwarisan daripada Ibrahim a.s dan Israel (Ya’qub) a.s. Meskipun mereka daripada keturunan Israel,
mereka tidak layak mewarisi keturunan Bani Israel kerana mereka tidak beriman dengan agama Ya’qub a.s.
Kesimpulannya, Yahudi bukanlah Israel dan begitulah juga sebaliknya.
Sebagai penutup, kita hendaklah percaya bahawa segala yang terkandung di dalam Al‐Quran adalah benar
dan sahih serta menjadi petunjuk dan panduan kepada seluruh umat Islam sehinggalah ke hari Kebangkitan, hari
Kiamat kelak. Kita mesti sama‐sama berjuang dan hidup berpandukan Al‐Quran dan Al‐hadis. Jangan kita takut
akan musuh kita Yahudi mahupun sesiapa sahaja kerana masa depan adalah milik umat Islam maka kita mesti
memasukkan diri kita dalam kumpulan yang berjihad kepada Allah walaupun jihad itu dalam apa jua bentuk
sekalipun. Firman Allah S.W.T dalam Surah Ali Imran ayat 112 yang bermaksud:
“Dan jika mereka memerangi kamu, mereka akan berpaling lari membelakangkan kamu (kalah dengan sehinahinanya);
sesudah itu mereka tidak akan mencapai kemenangan.”
Demikian ialah janji Allah bahawa kemenangan itu milik kita dan ia pasti tiba. Justeru, marilah sama‐sama kita
berjuang demi merealisasikan tuntutan dan janji Allah ini, Insya Allah. Semoga rahmat dan pertolongan Allah
sentiasa bersama kita para mukmin yang berjuang. Takbir!!
Sekian.. :)