~Sifat-sifat wanita ahli syurga~
Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci
bagi wanita memasuki syurga?
Sebuah hadis Nabi menyatakan: Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang
bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan
(Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga
melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)
Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama
yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan
kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke
atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan.
Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang akan disoal di hari
Kiamat.
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda:
"Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah
sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan
sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah
berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut.
Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain" (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami
juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita.
Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah
kepadanya. Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas.
Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah
mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan
harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut
daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.
Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa: "Sesungguhnya sopan santun
dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan
hilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi)
Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang
bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri
seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda: "Apabila
sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu
mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi
seorang beriman, apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia
bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang
beriman, oleh itu berjaga-jagalah!"
Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang
dipaparkan di awal makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di
sempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi
Wasallam bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada
suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan
musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang
menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al Imam Bazzar)
Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia
perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anakanak.
Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga.
Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami.
Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi
Wasallam pernah bersabda: "Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia
mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia."
Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang
tidak menghormati status suaminya. "Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat
apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70
tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya." (Hadis
Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)
Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan
bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya.
Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan
redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat.
POSTED BY KASIH_KEKASIH AT 8:46 PM | 29 COMMENTS
~Nabi haramkan cabut bulu di muka untuk cantik~
KAUM wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah
kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa.
Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk
mencantikkan wajah. Antara cara dianggap boleh mencantikkan wajah dan rupa paras ialah
dengan membentuk bulu kening atau alis mata dengan mencabut dan mencukur sebahagian atau
kesemuanya sekali.
Kemudian bulu kening akan dibentuk semula dengan alat solekan seperti celak dan pensil alis
sehingga kelihatan lebih cantik dan menarik.Amalan itu bukanlah perkara baru dalam dunia
persolekan wanita tetapi sudah diamalkan wanita di zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam
dan berterusan hingga hari ini.
Malah dengan kebanjiran pelbagai jenis alat solek di pasaran serta kepakaran yang ada, bulu
kening atau alis yang sesuai dengan raut wajah seseorang boleh dibentuk dengan mudah.Walau
bagaimanapun, wanita hari ini perlu memastikan apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan
ajaran Islam, termasuk bidang persolekan.Merujuk kepada teks syarak berkaitan persoalan ini,
terdapat dua hadis yang menegur secara langsung perbuatan mencukur bulu kening.
Perkara ini membabitkan satu riwayat tabf berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa
isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, puteri Rasulullah saw.Pada waktu itu
rupa parasnya sangat jelita.
Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu
yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.Aisyah menjawab: "Hapuskanlah
kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu."Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-
Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda:"Allah
melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta
orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah
gigi supaya kelihatan cantik.
Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah."Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi
berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh
bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat,
jeragat dan bintik-bintik.Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu
di muka, termasuklah bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantikMengenai hadis kedua
pula, ulama menjelaskan pengertian al-Namisah.
Ibn al-Athir berpendapat ia bermaksud wanita-wanita yang mencabut bulu-bulu yang terdapat
pada kawasan muka dengan tidak menggunakan alat pencabut.Ibn Hajar pula berpendapat, ia
bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.Abu Daud pula
berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu kening atau mencukurnya dengan
pisau pencukur sehingga kelihatan halus.
Keterangan di atas menunjukkan perkataan al-Namisah merangkumi semua pengertian iaitu
mencabut bulu-bulu di muka untuk kelihatan cantik dan berseri.Majoriti fuqaha berpendapat,
mencabut atau mencukur bulu kening sehingga kelihatan halus adalah diharamkan sama ada
kepada lelaki atau wanita kerana perbuatan itu termasuk dalam istilah mengubah ciptaan Allah
sebagaimana dijelaskan dalam hadis kedua.
Namun demikian, bagi wanita yang mempunyai terlalu panjang atau terlalu lebat sehingga
kelihatan jelik, bolehlah mencabutnya sekadar membolehkan kelihatan halus kerana ia tidak
dianggap mengubah ciptaan Allah.Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi
membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik
adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan,
termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita
bersuami atau tidak.
Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya,
jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan
bercanggah dengan syarak akan menggadaikan diri sendiri.
POSTED BY KASIH_KEKASIH AT 8:43 PM | 1 COMMENTS
T H U R S D AY, O C T O B E R 2 1 , 2 0 0 4
~Ciri-ciri Pakaian Wanita Islam~
Pakaian itu mesti-lah menutup aurat , sebagaimana yang di-kehendaki syrari'at Islam
Tudung kepala, hendak-lah di-labuhkan sehingga ke-paras bawah dada.
Bersarung kaki / berstokin untuk menutup aurat bahagian kaki.
Pakaian tidak terlalu nipis, ketat dan sempit.
Warna pakaian suram atau gelap seperti kelabu, hitam, biru tua, hijau tua. Tidak boleh
berwarna-warni, berbunga-bunga menarik dan tabarruj.
Pakaian tidak di-kenakan wangi-wangian , kecuali ketika bersama suami di-rumah.
Tidak berhias-hias, bermake-up, bergincu bibir ketika keluar rumah, kecuali bersama suami di
rumah. Juga tidak bergelang-jurai emas, ketika keluar rumah semacam hendak menunjuk-nunjuk.
Pakaian tidak menyerupai kaum lelaki ataupun wanita kafir / musyrik.
Jika keluar berjalan jangan-lah memakai kasut bertumit, sehingga berberbunyi keletok-keletok
yang boleh mengganggu ketenteraman kaum lelaki.
Jika berjalan , jangan di-lenggang-lenggokkan badan serta gaya berjalan yang juga boleh
mengganggu ketenteraman kaum lelaki.
POSTED BY KASIH_KEKASIH AT 1:47 AM | 1 COMMENTS
WE D N E S D AY, O C T O B E R 1 3 , 2 0 0 4
~Wahai Wanita~
Ketahui lah anda adalah tamsilan kepada keindahan, namun begitu anda jua adalah tamsilan
kepada kerosakan & kemusnahan.
Tuhan menjadikan wanita untuk menghiasi bumi ini. Tanpa wanita dunia ini terasa sempit & tidak
seronok untuk didiami. kaum lelaki akan berasa rimas sebagaimana Nabi Adam A.S. pernah
dilanda gelisah meskipun hidup dipenuhi kenikmatan di syurga. Lalu baginda memohon kepada
tuhan agar dijadikan seorang teman agar boleh dia berbicara, bergurau senda & membina
sahsiahnya. makan terciptalah Siti Hawa dari tulang rusuk kiri Nabi Adam A. S. & segala
kenikmatan syurga disekeliling terasa wujud...
Tanpa Permaisuri siapakah lelaki yang digelar raja ,
Tanpa isteri siapalah lelaki yang digelar suami
Tanpa wanita siapakah lelaki yang mahu digelar pemimpin.
Tanpa perempuan siapakah lelaki yang digelar ayah...
Seorang wanita terutama yang bergelar isteri cukup mudah untuk memasuki syurga tetapi seorang
wanita juga amat mudah dilemparkan ke neraka . segalanya bergantung kepada agamanya..
Lihatlah Peranan Wanita-Wanita Ini..
Tanpa Siti Khadijah , barangkali Rasulullah S.A.W. tidak mendapat 'dorongan' yang amat
diperlukan untuk terus bangkit , berpegang teguh kepada keyakinannya & menyebarkan Islam
sebagaiman semestinya.
Tanpa Aishah , barangkali banyak hadis Rasulullah S.A.W. tidak sampai kepada umat islam
seluruhnya.
Tanpa Fatimah Az-Zahrah, barangkali Sayidina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasulallah
S.A.W. yang amat disayangi.
Tanpa Asiah, barangkali Nabi Musa A.S. tidak terbela hingga menjadi penentang kepada
suaminya yang amat kufur & mengaku tuhan itu.
Tanpa Masitah , barangkali tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan
meskipun maut didepan matanya.
Tanpa wanita , siapalah lelaki kerana setiap lelaki datangnya dari perut wanita...
Lihatlah Pula Peranan Wanita-Wanita Ini..
Seorang wanita yang menjadi isteri kepada Nabi Nuh A.S. telah bertukar menjadi seorang
penentang kepada kebenaran,
Seorang wanita di zaman permulaan Islam sanggup melapah dada Sayidina Hamzah & menguyah
hatinya,
Seorang wanita tergamak meletakkan najis unta ke kepala Rasulullah S.A.W. Serta dalam sejarah
manusia sejagat ramai wnaita menjadi pendorong kepada kemaksiatan, kekufuran, kehancuran &
kemusnahan lelaki.
POSTED BY KASIH_KEKASIH AT 11:49 PM | 0 COMMENTS
~Rahsia Wanita~
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu
bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia
masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu
ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di
fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti
coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan
lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila
dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia
untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia
perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara
termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya
menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak
berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai
sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan
dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia
sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan
darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki
ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang
gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang
berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang
akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan
mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise
buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan
merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik
terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan
dicintai dan disayangi sepenuh jiwa
POSTED BY KASIH_KEKASIH AT 9:15 PM | 0 COMMENTS
T U E S D AY, O C T O B E R 1 2 , 2 0 0 4
~Keistimewaan Wanita~
Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada
lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
Wanita sebenarnya banyak keiatimewaannya....janganlah rendah diri dek kerana anda
wanita,kerana Allah jadikan wanita dengan pelbagai keistimewaan:
1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada
lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang
sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan
api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di
dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada
keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan
anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak
perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka
dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya
adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu
terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak
perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang
baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan
terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak
dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di
langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya
serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya
terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?"
Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara
kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang
dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT
memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para
malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan
baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan
ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya
diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah
SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela
agama Allah SWT.
POSTED BY KASIH_KEKASIH AT 3:16 AM | 0 COMMENTS
~Konsep Islam tentang Wanita~
Wanita merupakan salah satu kelompok dari makhluk Allah SWT yang paling banyak mendapat
sorotan dan perhatian. Karena itu, banyak sekali buku yang telah ditulis oleh para ulama tentang
wanita, bahkan di dalam Alquran ada satu surat yang dinamai dengan An-Nisa yang artinya
wanita.
Disamping itu, kita juga mengenal adanya gerakan wanita yang memperjuangkan hak-hak wanita,
emansipasi wanita, atau disebut juga pada masa sekarang dengan kesetaraan gender.
Oleh karena itu, menjadi amat penting bagi kita, apalagi para muballig untuk memahami
bagaimana konsep Islam tentang wanita agar kita tidak salah paham terhadap wanita serta tidak
bingung dengan sepak terjang gerakan perjuangan emansipasi wanita. Dr. Yusuf Qarhawi dalam
pengantar buku Qadhaya al-Mar'ah yang ditulis oleh Syekh Muhammad al-Ghazali menyatakan,
"Ada dua macam tradisi yang menyelusup ke dalam Islam.
Pertama, tradisi yang diwariskan sejak masa kemunduran peradaban Islam, saat ajaran-ajaran
yang benar yang dibawa Nabi saw telah tersembunyi dan digantikan oleh tradisi yang dibuat oleh
pikiran dan nafsu manusia. Kedua, tradisi yang datang bersamaan dengan pergumulan pemikiran
dan penjajahan peradaban. Tradisi ini merupakan tradisi yang berbeda dengan tradisi yang saat ini
sedang berkuasa. Yang pertama bermaksud memenjarakan, dan yang kedua ingin
menelanjanginya. Keduanya sangat bertentangan dengan fitrah dan wahyu."
Ada beberapa konsep yang perlu kita pahami di dalam Islam tentang wanita sebagaimana yang
disebutkan dalam Alquran dan Sunnah, salah satunya adalah kesamaan di mata Allah antara lakilaki
dengan wanita.
1. Kesamaan dalam Taqwa Perbedaan laki-laki dan wanita bukanlah suatu halangan bagi manusia
untuk mencapai ketakwaan kepada Allah SWT, karena Allah akan memuliakan siapa saja yang
bertakwa kepada-Nya, baik dari kalangan laki-laki maupun wanita serta dari berbagai suku. Allah
SWT berfirman yang artinya, "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang
laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku
supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi
Allah ialah orang yang paling bertakwa.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (49: 13). Meskipun demikian,
aplikasi ketakwaan antara laki-laki dengan wanita bisa saja berbeda, karena tugas dan fungsinya
yang berbeda, misalnya saja dalam masalah keluarga, laki-laki yang berkewajiban memberi
nafkah, sedangkan wanita yang menerima dan memanfaatkan nafkah itu dengan sebaik-baiknya.
Pembagian tugas semacam ini merupakan sesuatu yang wajar, karena memang harus ada
pembagian tugas.
2. Kesamaan dalam Amal Iman dan amal saleh merupakan sesuatu yang tidak bisa dipisahkan.
Iman harus dibuktikan dengan amal yang saleh dan amal saleh harus dilandasi pada iman. Oleh
karena itu, siapa saja yang menunjukkan imannya dalam bentuk amal yang saleh, maka Allah
SWT akan memberikan balasan berupa kehidupan yang baik. Allah berfirman yang artinya,
"Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan
beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan
sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa
yang telah mereka kerjakan." (16: 97). Oleh karena itu, tidak ada satu pun orang yang disiasiakan
amalnya, dalam arti ada nilainya dihadapan Allah SWT.
Ini berarti laki-laki yang beramal saleh akan mendapatkan pahala dan wanita yang beramal saleh
akan mendapatkan pahala, karena dalam beramal saleh itu, laki-laki dengan wanita justru saling
saling menolong. "Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di
antara kamu, baik laki-laki maupun perempuan (karena) sebagian kamu adalah penolong bagi
sebagian yang lain." (3: 195, lihat juga QS 40: 40; 4: 124).
3. Kesamaan dalam Ibadah, Akhlak, dan Sosial Kesamaan laki-laki dengan wanita juga bisa
diwujudkan dalam ibadah, akhlak, dan sosial, meskipun berbeda secara teknis. Karena, Allah
SWT telah menentukan kesamaan, maka wanita juga akan mendapatkan ampunan dan pahala
yang besar seperti yang didapat oleh laki-laki, hal ini difirmankan oleh Allah yang artinya,
"Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin,
laki-laki dan perempuan tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki
dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyu, laki-laki dan perempuan yang
bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara
kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah
menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar." (33: 35).
4. Kesamaan dalam Dakwah dan Ketaatan Dakwah merupakan tugas yang sangat mulia, karena
hal ini merupakan kelanjutkan dari tugas para rasul. Itu sebabnya, tugas ini harus diemban oleh
kaum muslimin, baik laki-laki maupun wanita sebagai salah satu wujud dari ketaatan kepada
Allah dan rasul-Nya.
Manakala hal ini sudah dilaksanakan dengan baik, hal ini menjadi salah satu kunci untuk
memperoleh rahmat Allah SWT. "Dan orang-orang yang beriman, laki-laki dan perempuan,
sebagian mereka (adalah) penolong bagi sebagian yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan
yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat
kepada Allah dan Rasu-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah
Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (9: 71).
5. Kesamaan dalam Dosa dan Pahala Dosa dan pahala merupakan sesuatu yang didapat oleh
masing-masing orang berdasarkan amal yang dilakukannya. Karena itu, seseorang tidak bisa
menanggung dosa orang lain atau orang lain yang beramal, tetapi kita yang mendapatkan
pahalanya. Dalam masalah dosa dan pahala, laki-laki dan wanita akan mendapatkannya,
karenanya tidak mungkin kita menganggap dosa kita ditanggung oleh seorang wanita atau
mengatakan "gara-gara wanita saya menjadi berdosa". "(Pahala dari Allah) itu bukanlah menurut
angan-anganmu yang kosong dan tidak (pula) menurut angan-angan ahli kitab.
Barangsiapa yang mengerjakan kejahatan, niscaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu
dan ia tidak mendapat perlindungan dan tidak (pula) penolong baginya selain Allah. Barangsiapa
yang mengerjakan amal-amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan sedang ia orang beriman,
maka mereka itu masuk syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun." (4: 123 -- 124).
6. Kesamaan dalam Ilmu Memiliki ilmu yang banyak merupakan keharusan bagi setiap manusia,
dengan ilmu yang banyak, manusia bisa banyak beramal saleh yang didasari ilmu, bukan sematamata
ikut-ikutan. Kewajiban menuntut ilmu bagi wanita sebagaimana laki-laki dikemukakan
dalam satu hadits yang artinya, "Menuntut ilmu itu wajib bagi muslim (laki-laki maupun
perempuan)." (HR Ibnu Majah).
Oleh karena itu, manakala laki-laki memiliki hak yang besar untuk memperoleh ilmu, maka
wanita juga harus memperoleh kesempatan yang sama. Hak-Hak Wanita Disamping adanya
berbagai kesamaan kedudukan antara pria dengan wanita, secara khusus terdapat hak-hak wanita
yang tidak bisa diganggu gugat, termasuk oleh laki-laki.
1. Memiliki Harta Wanita berhak atas harta yang dimilikinya, baik pemberian orang lain maupun
atas usahanya sendiri. Karena itu, manakala wanita telah memiliki suami, suami tetap
berkewajiban memberi nafkah kepada isterinya meskipun sang isteri memiliki harta yang banyak.
Karena, wanita berhak atas harta yang dimilikinya, maka bila dia meninggal dunia dan
meninggalkan harta warisan, maka harta warisan itu dibagi menurut ketentuannya, dan suami
merupakan di antara yang berhak atas harta warisan itu. Demikian pula sebaliknya, bila suami
meninggal dunia, maka isteri berhak atas harta warisan dari harta yang ditinggalkan oleh
suaminya.
2. Memilih Jodoh Wanita juga berhak untuk memilih jodoh dalam arti menerima atau menolak
lamaran, ini berarti orang tua tidak bisa sembarangan menerima lamaran dari seorang laki-laki
meskipun dia menyenanginya. Orang tua harus meminta persetujuan dari anak perempuannya
untuk menerima atau menolak lamaran. Rasulullah saw bersabda, "Seorang janda tidak boleh
dinikahi hingga diajak musyawarah dan bila seorang gadis tidak boleh dinikahi hingga ia
mengizinkan (persetujuan) nya dan tanda persetujuan seorang gadis adalah diam (ketika
ditanya)." (HR Tirmidzi dan Ibnu Majah).
Bahkan dalam kaitan ini, wanita boleh saja menawarkan dirinya untuk dinikahi kepada seorang
laki-laki yang saleh, dalam hadis yang diriwayatkan Bukhari, dikisahkan bahwa Tsabit al-Bannani
berkata, "Pada suatu hari aku duduk di dekat Anas ra. Di sampingnya ada puterinya. Lalu Anas
berkata, 'Seorang wanita datang kepada Rasulullah saw untuk menawarkan dirinya kepada beliau.
Wanita itu berkata, 'Wahai Rasulullah, apakah engkau berminat kepadaku?'. Lalu puteri Anas
menimpali, 'Alangkah sedikitnya rasa malu perempuan itu, betul-betul buruk, betul-betul buruk'.
Anas berkata, 'Dia lebih baik daripadamu. Dia senang kepada Nabi saw, lalu dia menawarkan
dirinya kepada beliau'."
3. Meminta Mahar Dalam perkawinan, wanita dibolehkan menentukan atau memintakan mahar
yang disukainya selama hal itu tidak memberatkan, dalam arti sesuai dengan kemampuan calon
suaminya. Diriwayatkan dari Amir bin Rabi'ah bahwa seorang wanita dari Bani Fazarah kawin
dengan mahar sepasang sandal. Lalu Rasulullah saw bertanya, "Apakah engkau rela dari diri dan
hartamu dengan sepasang sandal?". Perempuan itu menjawab, "Ya", lalu Rasulullah saw
membolehkannya." (HR. Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmidzi).
4. Menuntut Cerai Manakala seorang wanita tidak menyukai istrinya dengan sebab suaminya
telah bertindak yang menyalahi ketentuan Islam dalam kehidupan pribadi dan keluarga muslim,
maka seorang istri boleh saja menuntut cerai dari suaminya bila hal itu dianggap dan diyakini
sebagai jalan yang terbaik untuk menghindari masalah negatif yang lebih besar, namun bila istri
minta cerai tanpa alasan yang bisa dibenarkan, maka hal itu termasuk perkara yang tidak
dibolehkan di dalam Islam. Rasulullah saw bersabda, "Janganlah seorang isteri minta cerai dari
suaminya tanpa alasan (sebab yang bisa dibenarkan), niscaya dia tidak akan mencium baunya
surga yang baunya dapat dirasakan pada jarak tempuh empat puluh tahun." (HR Ibnu Majah).
5. Mencari Uang Sebagaimana laki-laki, wanita juga dibolehkan atau punya hak untuk mencari
uang yang tidak terlalu mengganggu kewajibannya sebagai isteri dan ibu, apalagi bila wanita itu
memiliki ilmu yang kemanfaatannya sangat diperlukan masyarakat, seperti kedokteran,
kebidanan, dan sebagainya. Dengan uang itu, wanita punya hak untuk membelanjakannya: zakat,
infak, dan bershadaqah. Allah SWT berfirman yang artinya, "Dan janganlah kamu iri hati
terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebagian kamu lebih banyak dari sebagian yang
lain. (Karena) bagi orang laki-laki ada bagian dari apa yang mereka usahakan, dan bagi para
wanita (pun) ada bagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian
dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (4: 32).
6. Menghindari Pertemuan Umum Untuk mendapatkan manfaat yang besar, para wanita juga
berhak untuk menghadiri pertemuan yang bersifat umum seperti menghadiri majelis taklim,
mengikuti salat berjamaah di masjid meskipun wanita lebih baik salat di rumah dan sebagainya
dengan tetap memperhatikan ketentuan yang berlaku, dalam satu hadis Rasulullah saw bersabda,
"Apabila seorang isteri minta izin suaminya untuk pergi ke masjid, maka janganlah suami
melarangnya." (HR Bukhari).
Dari uraian di atas, kita bisa menyimpulkan bahwa pada dasarnya laki-laki dan wanita di mata
Allah SWT memiliki kedudukan yang sama, karena itu meskipun apa yang dilakukan laki-laki
berbeda dengan apa yang dilakukan oleh wanita, tetapi wanita akan memiliki nilai yang sama
seperti yang dilakukan laki-laki. Wanita yang menunaikan haji dan umrah akan mendapatkan nilai
sebagaimana nilai laki-laki yang berperang di jalan Allah, karena bagi wanita tidak ada keharusan
untuk ikut serta dalam kecamuk perang sebagaimana keharusan itu pada laki-laki. Demikian
beberapa penjelasan umum tentang pandangan Islam terhadap wanita, suatu pandangan yang
begitu memuliakan wanita dalam kehidupannya di dunia ini