Suara wanita bukanlah aurat dan ia dituturkan didalam batas-batas syara'
yang telah ditetapkan. Suara wanita perlulah dibataskan agar tidak
berbentuk menggoda, atau kerana ingin menarik perhatian dan
membangkitkan syahwat lelaki, dan supaya tidak menimbulkan fitnah. Ia
akan menjadi haram jika timbulnya Fitnah. Berkata Dr Nasr Farid Wassel,
Mufti Mesir mengenai wanita membaca Al-Quran di hadapan lelaki :
السلم ل يَسُدّ على المرأة بابًا من أبواب الخير تتسع له طاقاتها وتُؤهّلها له إمكاناتها، ويَحثّها على أن تستغلّ كل مَواهبها
التي وَهَبَها الُ إيّاها، شريطةَ أن تقف عند حدود الدين والخلق، ول تَحرُمُ قراءتها أمام الرجال أو إظهار صوتها إن كان
مُحقّقًا لهذا الغرض الشرعيّ إن كانت مع مَحرم لها ومع أمْن الفتنة، بشرط أل تتكسّر في كلمِها أو تَستثير الرجال بالمدّ
والترخيم وما إلى ذلك مما هو خارج عن حدود النطق السليم ويدعو إلى الثارة والشهوة لدَى السامعين، لقوله تعالى
:مُخاطبًا نساءَ النبيّ خاصة ونساء المؤمنين عامّة
يَا نساءَ النبيّ لَسْتُنّ كأَحَدٍ مِنَ النساءِ إنِ اتّقَيْتُنّ فَل تَخْضَعْنَ بالقَوْلِ فيَطْمَعَ الذي في قلْبِهِ مَرَضٌ وقُلْنَ قَوْلً مَعروفًا))
((الحزاب: 32
Kesimpulan jawapan Mufti tersebut :
"Islam tidak menghalang atau menutup pintu-pintu bagi seorang wanita itu
meluaskan keupayaan dan kelebihannya, dan digalakkan mereka
menyumbangkan bakat yang dikurniakan oleh Allah kepadanya, dengan
syarat ia tertakluk kepada batasan agama dan akhlak. Pembacaan seorang
wanita tidaklah diharamkan dihadapan lelaki atau menzahirkan suaranya
bagi mencapai penyampaian yang baik dan dibenarkan oleh syara', jika
dengan adanya mahramnya, dan aman dari fitnah. Dengan syarat juga ia
tidak perkataannya tidak membangkitkan keinginan lelaki dengan
memanjang-manjangkan dan melembut-lembutkan , dengan membataskan
sebutan-sebutan yang lembut dan mengajak kearah membangkitkan
syahwat disisi pendengar. Firman Allah swt kepada isteri-isteri Nabi khasnya
dan seluruhan Mukminin amnya :
"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana
perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu
berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing)
kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada
penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan
sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). - [Al-
Ahzab : 32)""
---------
Berkata Imam Ibnu Kathir berkenaan dengan surah Al-Ahzab [53 dan 32] :
أي ل تُلِنّ القول . أمرهن ال أن يكون قولهن جزل وكلمهن فصل ، ( أي يكون كلمها جادا مختصرا ليس فيه :
ميوعة ) ول يكون على وجه يظهر في القلب علقة بما يظهر عليه من اللين ، كما كانت الحال عليه في نساء العرب من
. مكالمة الرجال بترخيم الصوت ولينه ، مثل كلم المريبات والمومسات ، فنهاهن عن مثل هذا
. فيطمع الذي في قلبه مرض أي يتطلّع للفجور وهو الفسق والغزل
والقول المعروف: هو الصواب الذي ل تنكره الشريعة ول النفوس. والمرأة تندب إذا خاطبت الجانب وكذا المحرمات
. عليها بالمصاهرة إلى الغلظة في القول , من غير رفع صوت ، فإن المرأة مأمورة بخفض الكلم . انتهى
"Ini bermakna mereka tidak boleh bercakap secara lembut. Allah
merintahkan mereka bercakap secara padat dan tegas (mereka seharusnya
serius dan ringkas perkataannya, dan tidak bercakap tidak tentu arah) .
Tidak memungkinkan menunjukkan tanda-tanda di wajah mereka apa-apa
kelembutan didalam hati mereka, sebagaimana wanita Arab (sebelum Islam)
biasa melakukan apabila bercakap dengan lelaki, dengan melembutkan suara
mereka seperti wanita yang menjaga kanak-kanak, atau seperti pelacur.
Allah melarang wanita melakukan seperti itu.
Perkataan "menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya
(menaruh tujuan buruk kepada kamu) " membawa makna keinginan mereka
yang ingin melakukan perkara yang mungkar atau syahwat. "berkatalah
dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan) " bermakna bercakap dengan
tidak melanggar syariah atau kejahatan. Wanti digalakkan apabila bercakap
dengan mereka yang bukan mahram dengan keadaan yang seruis dan
ucapan yang padat, tanpa meninggi suara, kerana mereka diarahkan
merendahkan suara mereka"