TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM
( KURSUS PENYELENGGARAAN JENAZAH OLEH USTAZ ABDULLAH MAHMUD -KOR
AGAMATENTERA DARAT DI SURAU ANSAR, LORONG KIRI 5, JALAN DATUK KERAMAT,
KUALA LUMPUR )
Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud
cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat
membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW
diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada
keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi
sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.
Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tandatanda
ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk
menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan
dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta
kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja
beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk
ketentuan Allah SWT semata-mata.
menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika ImamAhmad bersedia
untuk mengkafankan bahagian mukanya.Adapun riwayat -riwayat ini
memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah
berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah
untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia
dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua
tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja
manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah
nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan
sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
- Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini
cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku
lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti
daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan
teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda
ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa
mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan
hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang
tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan
tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja
tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini
maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada
untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan
dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
- Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka
malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita
sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan
wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan
merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini
wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah
bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
- Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji
dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan
secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
- Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu
diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang
yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan
jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana
bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak
kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar
ditegakkan.
- Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar
keesokan harinya.
- Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan
sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan
seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan
berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk
menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan
kita dan sekarang akan mematikan pula.
PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT
semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah
yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini
semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon
keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari
segala dosa dan urusan hutang piutang kita.Walaubagaimanapun
sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi
maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang
manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa
dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita
diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan
kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari
keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang
salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.