AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP
1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH
berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan ? Tirmizi.
Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya
setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia
berusaha mencari keredhaanNya.
3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan
dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya
dalam dirinya.
4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah
memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh
ketenangan fikiran.
5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan
berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan
mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang
lainnya sebagai simbolik kesopanan.
7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH
akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah
untuk menerokai pelbagai ilmu.
8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai
pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun
hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan
izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk,
beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan
dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu
pemberian orang lain.
12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari(ibu
jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @
5 jari kecuali ada keperluan
13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali
pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti
yang dihadapi oleh para nabi
14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada
air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak
fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH
catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap
selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam
menghadapi apa jua masalah
17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat
berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam
berzikir dan doa seketika bersama makmum
18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan
beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan
dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu
kenyang & mudahkan penghadaman
20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai
solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp
sebarang bencana
21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan
menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang
penyakit yang berkaitan dengan hidung
22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalazii m) tiga
kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75
kali sehari
23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari,
ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya
fitnah
24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan ?
Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang
berada di kiri badan) mengepam darah
25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan
kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat
keampunan daripadaNYA
26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al- Falaq dan An-Naas
lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon
perlindunganNYA) ? Bukhari
27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan
memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan
ALLAH
28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub.
Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa
perlu mandi wajib jika ingin tidur
29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin,
akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang
melalaikan
30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi
berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang
terdedah aurat) ? Bukhari
31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh
Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan)
daripada baginda SAW
32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) ?
Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit
tetapi maknanya yang menyeluruh
33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW
dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalazi im)
tiga kali ? Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya
beristighfar 75 kali sehari
35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi
memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak
bosan (atau tersinggung) ? bukhari
36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali
tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan
dosa-dosa kecil seseorang
37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila
Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana
dibimbangi terpercik) ? Abu Dawud
38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah
berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100
kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan
keadaan bercahaya ? Abu Naim
40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima
hadiah & amat menghargainya ? Bukhari
41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari,
ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka
baginya
42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu &
jangan kamu sukarkannya ? Muttafaq Alaih
43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu
sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda
penghormatan) - Muttafaq Alaih
44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak
kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak
penyakit berbahaya yang lain
45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering
melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda
syukur hamba terhadap ALLAH ? Abu dawud
46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu
meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan
hajatnya
47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila
mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali ? Bukhari. Jika
salamnya tak berjawab, beliau beredar
48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya
dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap
selesai solat Maghrib
49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu
adalah sedekah-Ad-Dailami
50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik
dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti
dengan usaha yang berterusan.
Cara Solat Istikharah Cara Solat Istikhoroh
Solat Istikhoroh dilakukan seperti solat sunnah yang lain iaitu sebanyak dua rakaat,
sama ada siang atau malam hari (selama sedang memerlukan petunjuk), dalam
setiap rakaatnya membaca al-Fatihah dan surah apa saja yang sudah dihafal, lalu
mengangkat tangan sambil berdoa dengan doa istikhoroh yang diajarkan oleh Nabi
seperti yang telah disebutkan/dibentangkan di atas (dalam hadis Bukhori dari jalan
Jabir Bin Abdulloh). (Asal perkataan ini oleh Ibnu Baz dalam Majmu’ Fatawa wa
Maqolat Mutanawwi’ah, 11/421)
Adakah Dalam Solat Istikhoroh Ada Bacaan Khusus/Tertentu?
Imam Nawawi mengatakan: “Disunnahkan pada raka’at pertama setelah al-Fatihah
membaca surat al-Kafirun dan raka’at ke dua setelah al-Fatihah membaca surat al-
Ikhlash” (al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab 2/377), hal ini didasari oleh maksud orang
yang beristikhoroh supaya mengikhlaskan niatnya hanya kepada Allah, sehingga
yang patut dibaca adalah dua surat tersebut.
Sedangkan al-Hafiz al-’Iraqi mengatakan (Perkataan ini dinukil dari Tuhfatul Ahwadzi
2/484): “Aku tidak menjumpai satu hadis pun tentang penentuan bacaan surahsurah
khusus dalam solat Istikhoroh.”
Dan keterangan di atas jelaslah bahwasanya pendapat yang lebih kuat adalah tidak
adanya ketentuan surah-surah yang dibaca ketika solat Istikhoroh, lantaran tidak
ada keterangan dari Rasulullah akan hal itu, dan mereka yang mensunnahkan
surah-surah tertentu tidak mendatangkan dalil al-Qur’an dan Sunnah, sehingga kita
katakan disunnahkan setelah membaca al-Fatihah di masing-masing raka’at untuk
membaca surah apa saja dari al-Qur’an yang telah dihafal.
Berkata Ibnu Bazz (Majmu’ Fatawa wa Maqolat Mutanawzvi’ah 11/421): “Hendaknya
(orang yang solat Istikhoroh) membaca al-Fatihah di setiap raka’at dan membaca
surah apa saja yang mudah.”
Bilakah Doa Istikhoroh Dibacakan?
Doa Istikhoroh boleh dibaca samaada sebelum salam atau selepas salam selepas
solat dua roka’at. (Sebagaimana fatwa Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam Majmu’
Fatawanya 12/105)
a. Sebelum salam
Adapun dibolehkan membaca do’a istikhoroh sebelum salam ini berdasarkan:
1. Kebanyakan doa Nabi dalam sholat dilakukan sebelum salam (setelah tasyahud
akhir), seperti yang dijelaskan oleh Abu Hurairoh, beliau berkata: “Nabi bersabda:
Apabila kalian selesai dari tasyahud yang terakhir, hendaklah berdo’a meminta
perlindungan kepada Allah dari empat perkara, iaitu mengucapkan (maksudnya);
Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari azab neraka Jahannam, dan azab kubur,
dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari fitnah al-Masih ad-Dajjal. (Hadis
Riwayat Bukhari 1377, dan Muslim 588)
2. Demikian juga Rasulullah mengajari Abu Bakar tatkala beliau minta diajarkan
do’a yang boleh dibaca dalam solatnya, lalu Nabi memerintahkan beliau untuk
membaca (maksudnya);
Ya Allah sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak,
tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau, maka ampunilah aku
dengan ampunan dari-Mu, dan rahmatilah aku, sesungguhnya Engkaulah yang
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Hadis Riwayat Bukhari 834 dan Muslim
3/7/27)
3. Dalam Hadis Jabir bin Abdullah, Rasulullah tidak menentukan tempat dibacanya
doa istikharah apakah harus dibaca sebelum salam atau setelah salam.
b. Sesudah salam
Sedangkan dibolehkan doa Istikhoroh dibaca sesudah salam berdasarkan zahir
hadis yang menunjukkan doa tersebut dibaca sesudah salam, sebagaimana Nabi
bersabda (yang ertinya): “Apabila di antara kalian berkeinginan/bermaksud
terhadap suatu perkara, hendaklah solat sunnah dua rakaat bukan termasuk wajib,
kemudian berdo’a...”
Berkata Ibnu Baz: “Sholat Istikhoroh hukumnya sunnah, dan do’a istikhoroh
tempatnya setelah salam sebagaimana (zahir) hadis yang telah datang dari
Rasulullah” (Majmu’ Fatawa wa Maqolat Mutanawwi’ah 11/421422). (Demikian juga
difatwakan oleh Lajnah Da’imah dalam Fatwa no. 10666)
Apa Yang Dilakukan Setelah Solat Istikhoroh Dan Bermusyawarah?
Imam Nawawi r.h. berkata (Perkataan Imam Nawawi (dinukil secara bebas) ini
dinukil oleh Imam Syaukani dalam Nailul Author 2/298): “Setelah seseorang
melakukan solat Istikhoroh, sebaiknya dia menjalani apa yang dia rasakan lapang
dadanya terhadap perkara tersebut baik meneruskan maksudnya atau
meninggalkannya.”
Kemudian beliau melanjutkan perkataannya:
“Bagi orang yang hendak beristikhoroh hendaklah ia menghilangkan kecondongan
hatinya terhadap suatu perkara sebelum melakukan solat dan doa Istikhoroh, dan
tidak selayaknya bersandar kepada adanya kecondongan hati sebelum istikhoroh,
kerana apabila ada kecondongan hati sebelum istikhoroh, lalu dia melakukan
istikhoroh, bererti dia tidak beristikhoroh, kerana istikhoroh dilakukan ketika
bimbang dan meminta dipilihkan yang terbaik dari Allah untuknya.”
Boleh Mengulang Solat Istikhoroh Dalam Satu Perkara
Ibnu Utsaimin berkata (Dinukil secara bebas dari Syarh Riyadhus Sholihin oleh Ibnu
Utsaimin 2/515): “Setelah melakukan solat dan do’a istikhoroh, apabila merasa
lapang dadanya terhadap suatu perkara baik meneruskan atau meninggalkan,
maka inilah yang diharapkan, tetapi apabila tetap bimbang dan tidak merasa
lapang dadanya, maka dia boleh mengulangi solat dan doa Istikhorohnya ke dua
kali, ke tiga kalinya, dan seterusnya, hal ini lantaran orang yang beristikhoroh
adalah orang yang meminta petunjuk kepada Allah akan kebaikan yang akan dia
lakukan sehingga apabila tidak jelas baginya kebaikannya atau tetap ragu maka dia
boleh beristikhoroh berulang kali.”
Adakah Tanda-Tanda Dikabulkannya Permintaan?
Sebahagian orang berkata: “Setelah melakukan solat dan doa Istikhoroh, maka
akan datang petunjuk dalam mimpinya, maka diambil pilihan sebagaimana
mimpinya,” oleh kerana itu ada sebagian orang berwudhu’, lalu melakukan solat
dan doa istikhoroh, kemudian terus tidur (mengharap petunjuk datang melalui
mimpi), bahkan sebahagian mereka menyengaja memakai pakaian berwarna putih
(supaya bermimpi baik), semua ini hanyalah prasangka manusia (yang tidak ada
dasarnya). (Lihat Bahjah an-Nadzirin Syarh Riyadhus Sholihin oleh Syaikh Salim bin
led al-Hilali 2/44)
Kesimpulan
1. Rasa bimbang, ragu, dan ketidak-tahuan baik dan buruknya suatu perkara adalah
hal yang wajar, kerana semua itu termasuk tabiat dan keterbatasan manusia.
2. Solat Istikhoroh adalab solat yang dilakukan untuk minta petunjuk kepada Allah
kebaikan perkara yang sedang dihadapi.
3. Para ulama bersepakat (ijma’) bahawa solat Istikhoroh hukumnya sunnah.
4. Solat Istikhoroh disunnahkan bagi segenap perkara baik besar atau kecil, selama
seseorang bimbang atau ragu ataupun tidak mengetahui maslahatnya di masa akan
datang/terkemudian.
5. Apabila sudah terdapat kecondongan hati atau mengetahui tentang baiknya
perkara (dari awal lagi), maka tidak disunnahkan beristikhoroh, ini kerana solat
Istikhoroh itu dilakukan adalah bagi tujuan meminta petunjuk, dan Allah
memerintahkan hambanya yang telah melaksanakannya supya bertawakal kepada
Allah.
6. Istikhoroh disunnahkan dalam perkara-perkara yang asalnya mubah, adapun
perkara wajib dan sunnah, maka tidak disunnahkan istikhoroh, ini kerana
kebaikannya sudah jelas adanya, sebagaimana perkara haram dan makruh tidak
disunnahkan istikhoroh kerana keburukannya sudah jelas adanya.
7. Tidak terdapat dalil yang sah tentang pengkhususan bacaan surah-surah al-
Qur’an dalam solat Istikhoroh.
8. Doa Istikhoroh boleh dibaca dalam solat (sebelum salam) atau di luar solat
(sesudah salam)
9. Dibolehkan mengulangi solat Istikhoroh dalam satu perkara apabila diperlukan.
10. Ketenangan hati dan kelapangan dada kepada suatu perkara setelah melakukan
solat istikhoroh adalah tanda petunjuk dari Allah, dan tidak terdapat dalil yang sah
tentang keharusan melihat mimpi setelah beristikhoroh.
Demikianlah yang dapat dibentangkan dari beberapa penjelasan/keterangan para
ulama tentang solat Istikhoroh, mudah-mudahan kita mendapat petunjuk dari Allah
sehingga kita dapat melangkah sesuai dengan apa yang digariskan oleh Allah dan
Rasul-Nya dan mendapatkan yang terbaik dan sisi-Nya dengan jalan taat dan
istiqomah di atas landasan-Nya, amiin.
http://fiqh-sunnah.blogspot.com
Surah Al-Ikhlas ( QulhuwaALLAHu Ahad) jangan terlepasmengamalka Surah Al-Ikhlas
( QulhuwaALLAHu Ahad) jangan
terlepasmengamalkan nya
ASSALAMUALAIKUM,
LUANGKAN MASA ANDA SELAMA 15 - 20 MINIT UNTUK MENGETAHUI APAKAH MESEJ
YANG
DISAMPAIKAN SEBELUM ANDA KATAKAN TIDAK BERMINAT ATAU TIDAK PERCAYA.
TETAPI
ANDA JANGAN BUANG RISALAH INI SEBALIKNYA BERIKAN KEPADA SAUDARA ISLAM
KITA
YANG LAIN KERANA MEREKA MUNGKIN SANGAT MEMERLUKANNYA. TERIMA KASIH.
WASSALAM.
KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS
"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha
Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan
bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita
dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing
kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah
surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam
yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam
kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana
malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama
(ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab
persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang
bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap
bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya
menjawab salam malaikat itu.
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w :
"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia
telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah
di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan iti telah menjadi
pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah,
Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan
membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan
seberapa ribu kesanggupan kita sehari.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal
dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari
kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka
melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian
diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya
sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam
Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang
menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk
mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat
tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina
Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu.
Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW
menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah
Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu
dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana
ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy
di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah
300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara
sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur
hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang
mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca
surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala
dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas
baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu
tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap
malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat
Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat
Israfil a.s. Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas
setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari
perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.
Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang
nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu
ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah
pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak
Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.