20 Perkara Yang Membuatkan Wanita Membenci Lelaki
Ntah ler betul ke idak nie macik2 dan sesape je lah cuba kasik pendapat korang betul
ke idak nih???
banyak sangat nie kompius aku
1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara
sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka
mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar
untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan
kekasihnya.
3. SUKA 'CUCI MATA'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan
cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama
kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata
tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!
4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal,
sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena
repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi,
mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih
mereka… Macammana tu?
5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan
lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan
sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis.
Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka
termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah
kena pada tempatnya.
6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak
munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka
mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan
melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku
solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati
mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini
lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.
7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik,
berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku
merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan
seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih.
Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan
tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…
8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu
mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan
pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak
mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum
wanita ni tak boleh diguna pakai.
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak
kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri,
pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka
kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta
diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan
dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan
dimanjakan.
10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan
memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat
cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan
semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka
apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai
dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka
tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak
logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa
dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa
macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!
12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu
sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama,
selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun.
Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah
membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali
luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum
wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…
13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila
mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala
kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan
orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi,
bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang
sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat
bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari
kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal
sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!
14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik
lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok.
Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik
menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri
sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah
menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita
juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka
membazirkan duit dengan merokok.
15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama
bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh
seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macammacam
lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah
mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya
kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat
teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka
makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki
mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun
menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawankawan
dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi
alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk
menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu
gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan
alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih,
mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu
hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa
seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan
kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun
menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan
sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya
mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan
sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda
seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia
cuba berbuat sesuatu untuk anda.
19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata
sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa
asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan
sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini
seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu
helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan,
melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.
20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab
sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka
mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah
nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian
terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut
anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga
--
"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI
TUHAN DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG
TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN
KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN
WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI
BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN
MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG
ANGKAT SENJATA!"
"Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka
selidikilah kebenarannya,supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan
perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya ) sehingga
menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).