9sikap wanita yg disukai lelaki
Keibuan
Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut,mengambil
berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa
tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu
bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap
wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.
Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di
mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan
sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan
yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan
dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.
Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya.
Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,memilih waktu yang tepat utk
berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan,
wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yang kasar atau menuduh
bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg
suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan
diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan
cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut
menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan
kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur
dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan
lelaki juga menyukainya.Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga
penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak.Siapa yang
tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3?
Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual.
Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran
wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg
pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi
pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan
yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai
berjenaka serta boleh menerima jenakalelaki dgn baik dan berfikiran terbuka
Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata
lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan
dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yang baru, wanita tersebut
tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan
tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita,
bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri
mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang
lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta
menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan
membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati
Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah,
sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan
mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar
keluar dgn indah dan mempesona.